Wednesday, August 25, 2010

Tips Cara merawat mudah dan unik untuk masalah harian

Merawat kesakitan mudah,cepat dan tanpa kos kerana kita boleh mengatasinya dengan cara semulajadi yang dibantu oleh bahagian tubuh kita lain.

1. Jika tekak gatal, garu telinga!
“Jika saraf dekat telinga dicuit, boleh membuatkan reflek di tenggorok yang mampu menghasilkan kejang otot ” kata Scott Schaffer, M.D., presiden dari pusat spesialis THT di Gibbsboro, New Jersey. “Kejang ini boleh menghilangkan rasa gatal.”
rawat sakit tanpa kos


2. Pendengaran tajam
Jika anda berada di tengah orang ramai dan mahu berbual dengan rakan anda dalam suasana yang bising seperti di sesuatu majlis, condongkan tubuh dengan telinga kanan ke depan. Telinga kanan lebih baik daripda telinga kiri dalam mendapat ritma bunyi yang cepat, menurut pengkaji dari UCLA David Geffen School of Medicine. Sebaliknya, jika anda ingin mendengar irama lagu, gunakan telinga kiri kerana telinga kiri lebih baik dalam memilih nada muzik.


3. Hilangkan rasa sakit ketika disuntik!
Pengkaji Jerman berkata bahawa batuk semasa disuntik boleh mengurangi rasa sakit dari jarum suntik. Menurut Taras Usichenko, pengarang ‘mempelajari fenomena’, teknik ini menyebabkan kejutan, kenaikan sementara tekanan di dada, menahan struktur yang menahan rasa sakit di pusat tulang belakang. Tapi jangan batuk lebih-lebih pula nanti jarum suntik tu tercucuk tempat lain pula. Setakat berdehem oklah.



4. Hidung yang tersumbat.
Cara termudah, tercepat, termurah untuk melegakan hidung tersumbat kerana selsema adalah tekan lidahmu ke langit-langit, lalu tekan dengan satu jari di tempat antara mata. Ini boleh menyebabkan tulang vomer (tulang tipis yang memisahkan lubang hidung), yang menghubungkan saluran hidung ke mulut bergerak maju mundur, kata Lisa DeStefano, D.O., pembantu profesor di Michigan State University ilmu pengubatan osteopathic. Gerakannya melonggarkan hidung yang sempit; selepas 20 saat, anda akan merasa hidung yang tersumbat beransur-ansur hilang.


5. Fight fire without water!
Kajian menunjukkan pesakit yang tidur miring ke kiri lebih kecil risiko diserang gastrik. Posisi kerongkong dan perut berubah dengan posisi tidur. Waktu anda tidur miring ke kanan, perut lebih tinggi dari kerongkong, membuat makanan dan asid di perut mengalir ke tenggorok. Jika miring ke kiri, perut lebih rendah dari kerongkong.

6. Menyembuhkan sakit gigi tanpa buka mulut!
Gosokkan ais di bahagian belakang telapak tangan, bahagian berbentuk huruf V antara ibu jari dan telunjuk. Pengkaji Kanada menemui teknik ini mengurangi rasa sakit gigi sebanyak 50 percent dibanding tanpa menggunakan ais. Alur saraf di daerah V tersebut menstimulasi daerah otak dan mencegah signal rasa sakit ke wajah dan tangan.
tanpa kos

7. Normalkan denyutan jantung yang cepat!
Jika anda berdebar-debar kerana kena berucap di khalayak ramai ke, first date dengan awek ke - tiup ibu jarimu. Syaraf vagus yang bertugas mengendalikan denyutan jantung, boleh dikawal melalui nafas, kata Ben Abo, emergency medical services specialist di University of Pittsburgh. Ini mampu membuat denyutan jantung kembali normal.

8. Teknik mengingat
“Jika anda akan berpidato besok, ulangi sebelum tidur,” kata Candi Heimgartner, instruktur ilmu biologi di University of Idaho. Karena kebanyakan gabungan memori terjadi semasa tidur, apapun yang anda baca sebelum tidur kebanyakan di encode.