Thursday, May 6, 2010

Penyakit Wanita :Jangkitan Saluran Kencing

JANGKITAN saluran kencing (UTI) adalah masalah kesihatan yang bermula di dalam sistem kencing. Walaupun lelaki dan wanita boleh mendapat penyakit ini, kebanyakan penghidap terdiri daripada wanita.Sistem kencing merangkumi ginjal, ureter, pundi bdan uretra. Kebanyakan UTI disebabkan oleh bakteria Escherichia coli, yang lebih dikenali sebagai E.coli. Bagi kebanyakan kes, bakteria mula membiak dalam uretra sebelum bergerak ke pundi, menyebabkan jangkitan pundi yang menyakitkan. Jika tidak dirawat segera, bakteria ini mungkin naik ke ureter untuk menjangkiti ginjal dan menyebabkan ginjal gagal berfungsi.Gangguan aliran kencing daripada ginjal ke uretra boleh menyebabkan kencing bertakung dalam pundi, dan mendorong pertumbuhan bakteria.

Tanda-tanda UTI:(Urinary Tract Infection)

l Kerap dan segera hendak kencing

l Rasa perit apabila kencing

l Kencing berdarah, keruh atau

berbau kuat

l Keputihan

l Sakit abdomen

l Demam, seram sejuk dan loya

atau muntah



Faktor risiko untuk dijangkiti UTI termasuk aktif seks, putus haid, prostat besar dan batu karang.







Kranberi: Mencegah UTI

Sejak dulu lagi Kranberi telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat atau mencegah UTI.Banyak penyelidikan baru- baru ini mendapati Kranberi berfungsi dalam dua cara:

1.Antilekat

Pelekatan bakteria pada dinding salyuran kencing menyebabkan E. coli membiak. Penyelidikan baru-baru ini mendapati Kranberi mangandungi ‘proanthocyanidins’. Sebatian yang bertanggungjawab mencegah E.coli daripada melekat pada dinding saluran kencing, dan dengan itu mengganggu edaran jangkitan.

Di samping itu, Kranberi juga mengandungi fruktos yang menghalang E.coli daripada melekat pada sel-sel saluran kencing.

2.Antibakteria:

Kranberi berupaya mengasidkan air kencing, dan dengan itu dapat mewujudkan suasana tak mesra supaya E.coli tidak dapat hidup. Keadaan ini mengurangkan paras bakteria bagi mencegah penyakit akan datang.

Kajian mendapati, kekerapan mengambil jus Kranberi atau tablet yang mengandungi Kranberi pekat,dapat mengurangkan bilangan E.coli dalam saluran kencing (oleh itu, dapat mencegah jangkitan)serta berulangnya UTI.

Ubat herba lain yan ditemui ialah Goldenrod. Ia mempunyai banyak khasiat anti-keradangan dan antiseptik. Goldenrod sering digunakan untuk merawat keradangan yang membabitkan saluran kencing.

Uva Ursi, Asparagus & Cornsilk: Uva Ursi adalah salah satu antiseptik kencing semula jadi yang terbaik. Daun Uva Ursi mengandungi anti-bakteria yang kuat, terutama untuk melawan E.coli. Uva Ursi, Asparagus dan Cornsilk adalah diuretik. Mereka berfungsi dengan meningkatkan volum air kencing, dengan itu membantu menghapuskan bakteria daripada saluran kencing.

Pokok Kuching Galak : Pokok renek ini boleh didapati di sekitar kawasan rumah kita ,selalu bila kita mencabutnya dan memberi kepada kuching,kuching akan terus meninggalkan makanannya dan terus memakan akar pokok ini.Ambil segenggam akar pokok ini dan direbus lalu diminum airnya,insyaallah akan hilang segala penyakit ini dan selalunya kalau ada batu karang sebesar mata mancis di buah pinggang atau saluran pundi kencing ia akan keluar akan hancur dan melalui air kencing.cuba amalkan ,bagi yang ada masalah buah pinggang bengkak dan pada peringkat primary sakit buah pinggang,minumlah air rebusan ini,insyaallah.Bukti keberkesanan setakat ini ,respon yang penulis dapat amat mengalakkan dan terbukti 80% berkesan dan tanpa ada kesan sampingan .Kalau ada yang inginkan maklumat berkaitan sila hubungi webmaster info sihat.

Perhatian: Bagi UTI yang teruk atau berulang kembali, rawatan dengan antibiotik adalah diperlukan.


Sila jumpa doktor jika anda masih was-was.

1 comment:

  1. saya telah mendptkn rawatan endoskopik dan dimasukkan tiub. setelah bngkak salur telah reda, tiub telah dikeluarkan. utk tmpoh 4 bulan yg lps sya rasa telah pulih, ttp sejak kebelakangan ni sya rasa skit trsbut dtg kmbali. apa yg patut sya lakukan. adakah urutan tmpt yg sakit akan mmbantu. sya xsnggup mmbuat endoskopik smula kerana kosnya sgt tinggi. hospital krajaan pula agak mngecewakan...tolong beri advise...thanks.

    ReplyDelete